Saturday, January 14, 2017

Penat

Berdiam diri lebih baik
Lebih baik dari segala aspek yang buat aku pening
Disebabkan suatu penantian
Penantian yang terlalu menyakitkan diri
Hampir 3 tahun penantian yang aku buat
Dulunya pergi ke Poli lihat hanya muka yang sama
Sehingga terdetik "siapalah minah keding ni.....dengan muka tak berapa lawa"
Ego dan berlagak menguasai diri
Hingga diri dan jiwa sakit disebab terjatuhnya hati
Sampai bila ? Hingga sekarang semua perempuan aku anggap sama
Pening memikirkan penyiksaan yang aku rasa
Memang diri ini tidak sehebat lelaki lain
Pergi gym bagai nak ambik hati dia
Last2 dia tinggalkan aku sendiri
Sakit melanda diri
Sakit sakit sakit
Menangis tiap malam kerana dua orang
Seorang yang menjadi lipatan sejarah
Seorang lagi yang sentiasa aku fikirkan
Hampir rebah jiwa dan mental
Hampir jatuh jiwa aku
Berdiam lebih baik dari segalanya
Tiada lagi Qayyum yang periang
Tiada lagi Qayyum yang ambik tahu pasal orang lain selain keluarga
Tiada lagi Qayyum yang dahulu

GElisah

Gelap malam penuh kesunyian
Lamunan jauh menerawang angkasa
Membukakan pintu-pintu mimpi
Menyibakan tirai-tirai egalauan jiwa

Bias keremengan memudarkan kasih
Memutar hati menguak arti ilusi
Memedarkan beribu warni cahaya
Membayang menjauh dari arah cita

Katak merengek ikut meresah
Menggugah hati kala gelisah
Air hujan menetes berduka
Membasah bumi ikut bersedih

Gema kegundahan kian bertalu
Gemercik air melantun irama nan merdu
Berhembus angin membelai lembut
Gemersik suara daun menghibur
Membangkit menggugah kalbu

Meliuk menari rumput nan ayu
Melambai perlahan seolah mengajak
Melepas duka menjemput cinta
Merayu bernyanyi kerinduan

Menyonsong esok akan kebahagiaan
Kiera
Siapa dia ? Hadirnya tidak diduga
Memberi sesuatu yang baru dalam hidup
Memenuhi hati yang kosong sejak bertahun
Sebuah rasa yang tak dapat diungkapkan

Kiera
Wajahnya ibarat sesuatu ketengan yang sukar ditafsir
Manis dan ayunya sentiasa menjadi tanda soal pada diri
Adakah dia bidadari syurga yang selalu manusia katakan
Adakah dia cinta terakhir yang dapat aku rasa

Kiera
Berharap sentiasa dia dibawah lindungannya
Tidak terlepas namanya di dalam doa
Jasad di dalam gambar selalu ditatap
Dirinya sentiasa menjadi kekuatan dalam diri

Friday, January 13, 2017

PERGI ITU BUKAN PERMINTAAN

Dunia ini penuh dengan segala dugaan
Dugaan yang kini Aku lalui 
hanya sekadar sakit yang aku rasa
Yang kini pun belum lali
Aku masih fikir dugaan apa  lagi yang akan aku lalui

Engkau 
engkau adalah yang terindah pernah aku lihat
Dugaan yang aku lalui hilang
Hilang kerana engkau datang
Ibarat ada sesuatu yang sukar untuk aku halang

Engkau ibarat bidadari di mata aku
tenang hati apabila ditatap
getar diri bila suaramu berkumandang di telinga
betullah kata orang
Bidadari syurga itu ialah seseorang yang kita cinta
Engkau lah bidadari syurga yang aku lihat di dunia

Kini engkau pergi
tinggalkan aku sendiri dalam gelap
aku meraba azamku
meraba segala keinginan 
teringat semua janji yang engkau lontarkan
ianya hanya dusta yang dapat ku lihat
kekejaman yang kau buat akan aku simpan